Sabtu, 14 Ogos 2010

LAWATAN PENGARAH, TIMBALAN PENGARAH DAN PPD UTARA

Tanggal 11 Ogos 2010 ( 1 Ramadan 1431H ), Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang telah sudi meluangkan masa untuk melawat sekolah SMK Desa Murni yang baru dibuka. Kunjungan Tuan Pengarah disambut oleh Tuan Pengetua serta pentadbir yang lain. Tuan Pengarah dan Timbalan Pengarah meluangkan masa kira-kira sejam untuk melihat panorama di sekolah ini. Insyaallah pada 26 Ogos ini, Tuan Pengarah akan datang sekali ke sekolah ini sempena majlis berbuka puasa yang dianjurkaan oleh sekolah ini.

Tanggal 12 Ogos 2010 ( 2 Ramadan 1431H ), Pegawai Pelajaran Daerah Utara telah sudi meluangkan masa untuk melawat sekolah SMK Desa Murni yang baru dibuka. Beliau telah meluangkan masa untuk melihat panorama di sekolah ini serta beramah mesra dengan guru-guru di sekolah ini. Rombongan Tuan PPD disambut oleh Tuan Pengetua serta pentadbir yang lain. Tuan PPD meluangkan masa kira-kira sejam untuk meninjau keadaan di sekolah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LAWATAN PENGARAH JPNPP

LAWATAN PENGARAH JPNPP